Hello semua yang berkunjung ke blog ini.
Saya RICCA RAHMAN dan saya adalah seorang wanita. Nama ayah saya bukan RAHMAN, tapi NASARUDDIN. Jadi RAHMAN adalah nama saya. Ramai orang salah anggap. Mereka ingat RAHMAN nama ayah saya atau mereka ingat saya seorang lelaki. 😂
Apa makna nama saya? Hurmmm... 😏
Saya faham. Ramai orang suka nama yang ada makna yang baik-baik. Itulah method utama apabila ibu bapa nak bagi nama kepada anak-anak mereka. Tetapi, wujud juga nama yang diinspirasikan daripada sesuatu, seseorang, atau apa sahaja yang mereka mahukan. Yang penting, sesuatu itu ada makna dan memori dalam hidup mereka.
Mungkin itulah asas dan inspirasi kepada nama saya yang diberikan oleh emak dan ayah saya.
Nama RICCA itu sendiri tidak mempunyai makna secara langsung dalam Bahasa Arab atau Sejarah Islam, kerana nama ini berasal daripada bahasa Eropah, khususnya Itali dan Jerman. Dalam Islam, ia tidak menjadi masalah asalkan nama itu sendiri asalnya membawa maksud yang baik. Mengikut Bahasa Itala atau Jerman lama, makna RICCA adalah kaya, penguasa yang kuat atau pemimpin yang berkuasa. So, why not? RICCA can still be a good name, right?
Namun, apabila ditanya apa makna nama saya, saya lebih suka menjawab bahawa nama RICCA itu merujuk kepada "Isim". Isim dalam Bahasa Arab bermaksud kata nama, merujuk kepada orang, tempat, benda, haiwan, sifat atau konsep. Dan ia merupakan salah satu daripada tiga jenis kalimah (kata) utama dalam Bahasa Arab (Isim, Fi'il, Harf).
Mujur RAHMAN juga adalah nama saya dan nama tersebut punya makna yang sangat baik. RAHMAN adalah nama Tuhan Yang Maha Pemurah atau Yang Maha Pengasih. jadi, bagi saya, nama RICCA RAHMAN bermaksud sesuatu benda kepunyaan Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Lebih kepada saya nak kata, Saya Milik Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Well... Kita semua pun milik Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Baiklah...
Tujuan blog ini saya wujudkan adalah sebagai platform yang baru untuk saya berkongsi apa sahaja yang saya ingin kongsikan dalam bentuk tulisan, gambar, mahukan rakaman video (melalui saluran Youtube).
Walaupun penulisan post di blog, lagi-lagilah dengan menggunakan platform Google Blogger atau Blogspot ini sudah lapuk, tapi, setelah lama saya berkongsi di media sosial seperti Facebook, Instagram dan Tiktok, akhirnya saya memilih untuk kembali ke dunia penulisan di blog.
Ini adalah salah satu plan saya menjelang umur 40 tahun yang akan datang tahun hadapan. Jadi tiada apa yang perlu ditunggu lagi. Maka, saya akan kembali aktif dalam penulisan di blog. Dan saya namakan blog saya ini sebagai RICCARAHMANDOTCOM kerana nama ini menghubungkan blog ini kepada website saya https://www.riccarahman.com/
Website ini masih dalam proses pembikinan dan masih ada banyak yang belum saya selesaikan. InsyaAllah. Website tersebut juga merupakan salah satu plan saya menjelang umur 40 tahun. InsyaAllah, moga dipermudahkan urusan saya untuk menyelesaikan sebanyak mungkin plan yang saya dah rancang, sempena nak masuk umur 40-an ni.
Saya harap, dengan wujudnya blog ini, ada perkara yang baik yang boleh saya kongsikan buat semua. Saya menulis dengan idea saya cara saya, style saya, mengikut masa yang saya dan dengan pace saya sendiri.
Cuma...
Suka untuk saya maklumkan di sini, saya juga suka menggunakan AI tools untuk menambahbaik penulisan saya, terutamanya untuk post-post yang agak formal dan informative. Bagi saya, perkara yang paling utama adalah idea dan apa yang ingin saya sampaikan mudah dan senang dibaca oleh anda semua.
Oleh itu... Selamat Membaca...
Dan terima kasih atas kunjungan anda semua. 😊

No comments:
Post a Comment