Popular Posts

Thursday, January 22, 2026

Dan bila..... wujud limitasi dalam fikiran.

Saya kembali ke blog ini kerana saya dah tak tahu nak luahkan di mana. Dan masa inilah saya sedar yang saya lupa nak klik button "publish" untuk post sebelum ini. hahaha. 

Mungkin itulah situasinya apabila terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. 

Mana tidaknya. 

Selepas saya membuat keputusan untuk meletakkan lebih fokus dan perhatian kepada pembelajaran anak-anak saya di sekolah menengah dan di Tadika, saya mula mencari begitu banyak maklumat untuk saya bantu anak-anak saya boleh belajar dengan baik.

Pada masa yang sama, banyak pula isu semasa berkaitan pelan-pelan Kementerian Pendidikan Malaysia yang buat saya terkejut. Ya!! Sangat terkejut. 

Bukan tidak mahu menyokong usaha kerajaan, tetapi, saya dapat lihat ada banyak persoalan yang bermain di fikiran ramai ibu bapa dan pendidik di sekolah, termasuklah saya, seorang pendidik di universiti. 

Kenapalah, situasi ini terjadi di saat tidak mampu untuk kata pada diri, "dah lah malas nak layan".

Saya cuba hadam satu persatu apa yang berlaku dan cuba fikirkan apakah yang perlu saya lakukan untuk menghadapi cabaran yang mendatang untuk anak-anak saya ni.

Ternyata, otak saya telah tepu.

Sangat tepu. 

Ditambah dengan urusan kerja. 

Anak sulung saya masih mengharap dapat masuk ke sekolah seni, kerana itulah perkara yang dia suka dalam hidupnya. 

Bila saya jadi "home tutor" untuk anak setiap malam, nampak anak tidaklah punya masalah yang besar untuk belajar subjek lain cuma dia ni seorang yang agak "selective". Dia dah minat pendidikan seni visual. Jadi, itu lah yang dia mahukan. Sedangkan dalam hati, saya masih berharap dia mahu masuk aliran STEM. 

Antara kemahuan ibu dan kemahuan anak. Saya rasa kemahuan anak itu yang lebih penting. Namun, kerana saya agak acuh tak acuh, anak saya gagal saya bantu dari segi persediaan untuk bersaing dengan anak-anak orang lain yang juga mahu memasuki Sekolah Seni Malaysia. Hal ini sangat mengecewakan saya. 

Dan di saat saya cuba untuk mencari pilihan yang lain, sehingga terpaksa wujudkan akaun media sosial semula, saya kembali ke situasi "blank" dan "blurr" kerana terlalu banyak informasi bermain-main di kepala.

Ditambah dengan dua report FYP 1 dna 2 report IDP yang saya baca, akhirnya saya dah exceed kemampuan akal saya untuk terus berfikir dan masukkan maklumat dalam fikiran. Saya mula pening. Pening yang teramat sangat. Sehingga, saya perlu cara tempat untuk luahkan. 

Meluah di media sosial bukanlah cara yang terbaik. Kerana sambil nak luah tu, sure akan lalu isu-isu semasa yang sukar untuk saya elak. Akhirnya, bertambah lagi, perkara yang bermain dalam fikiran.

Jelas.

Saya manusia biasa. Ada had dalam apa jua kemampuan. 

Perkara ini buat saya teringat movie Indiana Jones. Tak ingat yang mana satu. Tapi, dalam movie tu, si villain ni nak sangat power dan penguasaan ilmu daripada aliens. Well, dia dapat that item. It is like a hat daripada skull. Dia letak atas kepala dia macam sarungkan topi cef gituuu..

Awal2 tu, dia macam super excited. Yerlah, dapat tahu banyak informasi. Like, power gilerlah kan. Like pandai gilerr. Tapi, lama kelamaan, dia mula rasa sakit kepala dan tak sanggup nak handle begitu banyak informasi dalam fikiran dan kepala dia. It is like, cahaya daripada ilmu tu pecah keluar daripada kepala dia, mata dia telinga dia. Seingat saya lah, rasanya badan dia pecah masa tu, bermula daripada bahagian kepala. 

Bila saya cuba google: Inilah info yang saya dapat.

In Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull (2008), the primary antagonist, Colonel Dr. Irina Spalko, seeks the crystal skull to gain the immense knowledge and psychic power of the interdimensional beings (aliens) in teh city of Akator. Her and the Soviets' goal is to use this knowledge for "psychic warfare" to convert Americans during the Cold War.

Ehhh silaplah. Dia tak pakai skull tu. hahaha. Tengok video youtube ni. Dia just dapat the knowledge tu daripada aliens yang ada. hahaha.



Biasalah, movie ni di tahun 2008. Lama dah. Saya lupa. Sebab saya making tua. 

Alhamdulillah, lepas saya menulis di blog ini, rasa makin hilang pening kepala ni. Saya kena terima, saya ada limitasi. Fikiran saya ada had. Ada perkara, saya perlu letgo sahaja. Kalau masih dalam kepala, saya luahkan dengan cara penulisan begini. Untuk orang seperti saya, ada kesan baiknya. Boleh bantu improve "storytelling skill through writing" juga. Alhamdulillah. 😊




No comments:

Post a Comment